8 Hadis Mengenai Keutamaan Bersedekah
Keutamaan Bersedekah
BERIKUT
adalah 8 buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang
kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan
galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
"Orang
yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin
ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak
merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah
berbuka." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Hadis-2
"Barangsiapa
ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia
mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain." (Hadis Riwayat Imam
Ahmad)
Hadis-3
"Bentengilah
hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan
Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana."
(Hadis Riwayat Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
"Tiap
muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia
tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan
keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah."
Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab:
"Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka
bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab:
"Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak
melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat
kejahatan itulah sedekah." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
"Orang
yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah
seperti anjing yang makan kembali muntahannya." (Hadis Riwayat Imam
Bukhari)
Hadis-6
"Barangsiapa
diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat
dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan
punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya
seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi
s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah
orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka
dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka.
Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan
itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan
Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi." (Hadis
Riwayat Imam Bukhari)
Hadis-7
"Abu
Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata,
"Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak
pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana
kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta
mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa
yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah,
Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah,
Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat
lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi
menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat
di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat
diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala." (Hadis Riwayat
Imam Muslim)
Hadis-8
"Tiap-tiap
amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan
makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi
isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu." (Hadis Riwayat Imam
Ahmad)
No comments:
Post a Comment